' my minds...my thoughts...my feeling

14 July 2009

CINTA LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengahdi antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu, datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit danlaut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan  awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga iatidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagiuntuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasaterseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadaplangit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapa tdipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
post signature

10 comments:

zAck said...

cinta ???
kata ini simple..
hanya 5 huruf, tapi mempunyai maksud yg begitu mendalam.

kadang kala ia menyakitkan kadang kala ia amat menyenangkan.

maka walau ramai orang yang merasakan sakitnya dan berhenti untuk merasakan nya kembali,

tapi masih ramai yang tak serik untuk mencuba lg :]

ierra said...

cinta..
benda yang tak nampak tapi dapat diarasa dengan hati yang telus lagi mulus..
tapi terpulang pada si penerima samada pandai menjagadan menhghargainya atau tidak...
bagi seorang pencinta, pastinya akan menghargainya lebih dari drinya sendiri kerana dia adalah pencinta yang setia dengan anugerah Illahi yang hakiki lagi nan abadi..

ierra said...

smtime cinta buat insan alpa dan leka...n x kurang juga yang membenci kerana cinta...adil ke semua tu???
cinta juga buat insan hancur...atau menghancurkan diri sendiri kerana cinta...betul ke??
yang pastinya cinta itu indah...:)

zAck said...

ieera:-
pencinta sudah semestinya akan menghargai cinta..

zAck said...

cinta,
membuatkan kita alpa??
BETUL tue..

cinta,
membuatkan kita hancur??
emmm, [pikir sejenak]

kita,
menghancurkan diri kerana cinta??

btol ker??
tindakan yg bodoh mcm tue..

namun terpulang kpd individu,
hak individu=)

rez said...

CINTA...
ungkapan yang begitu mudah, begitu juga kalau disebut dalm bahasa inggeris, akan tetapi cinta itu begitu sukar ditafsir, cara ucapan cinta pn kadangkala dapt m'bayngkan cinta, tidal t'tnggal dgn pndngan mata pn kita boleh mengetahui cinta, andai pandangan dan ucapn disatukan dlm satu masa, maka kehbatn cinta itu akan t'lihat bahkan lebih hebat dari cinta langit dan laut, ;)

zAck said...

rez:-

amboi2..
bl berkata kata...
emmmmm,
x igt dunia

lalalala

rez said...

Kat ada 2, Satu dr hati, satu dari bibir....
Kata2 dr hati itu kadngkala ada yng slh, tp kebnyakn darinya adalh btol,
Andai kita hndk b'main kata, AWAS!!!
kadngkala dgn kata musibh akn menmpa..... RENUNGKAN....

S90 said...

salam, menumpang membaca di sini.
u write very well

zAck said...

thanx c90...

 

blogger templates | Make Money Online