' my minds...my thoughts...my feeling: August 2008

29 August 2008

eRtI seMua iNi BagIkU
Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.
Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang
bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.
Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di
langit.Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.
Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnyaBertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

28 August 2008



LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.
Kenyataannya:
Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.



Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.
Kenyataannya:
Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi. Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.


Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.
Kenyataannya:
Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.


Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.
Kenyataannya:
Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.


Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?
Kenyataannya:
Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.


Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense
Kenyataannya:
Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.


Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara

21 August 2008

1st time in my life


sepanjang hidupku didunia yang fana ini,1st time aku dapat mengikuti xtvt yang agak advanture ini..=) peluang yg ku dapat nie tak ku sia2 kan lagi coz dah lama ku impikan saat2 sebegini..sebelum ini aku juz mendengar cter dari abang ku sahaja...

....perghh!!!.. sungguh memenatkan....namun kepenatan itu tidak dapat menandingi
kegembiraan kami semua...ape lar yg menarik hati abg zul, sampai mcm tue sekale keadaan nya..

penat menguasai diri kami semua


AKHIRNYA!!! aku berjaya laksanakan impian ku selama ini...puncak berembun berjaya ku tawan....nantikan gunung2 seterusnya...

SIkU MENGGAMIT MEMORI


piC:- bersama EMA yg manje
terasa berat untuk ku membuka mata, melihat keadaan sekeliling dgn suasana yang sgt sejuk manikam kalbu....terasa bagai baerada di tempat yang dipenuhi salji!!..cewah..angan2 tinggi tue...sesungguhnya suasana yg kurasai itu hanyalah di gunung siku, di CAMERON HINGLAND jer...hehehe

skali pandang,suasana kat belakang macam kat luar negara..tapi itu sebenar nya keindahan di nagara ku sendiri,MALAYSIA.... kawasan team ktorang dirikan khemah sebelum xtvt daki gunung dilaksanakan.


d bersama kak rina

D joint xtvt daki gunung, tapi akan kan daya time ktorng sume nak mendaki, D dengan lemah longlai nyer menolak ajakan aku untuk sama2 manawan gunung,sedangkan itulah tujuan asal ktorang mengikuti team berkenanan..

bergambar sebelum perjalanan ke puncak BEREMBUN diteruskan...

14 August 2008

setelah sekian lama aku menyepi,hari ini aku ingin kongsikan segala kegembiraan yg aku kecapi sepanjang PENYEPIAN aku ini...hehehe..... menyepi bukan beerti aku lupakan kawan-kawan bloggers ku..,akan tetapi penyepian ku ini adalah untuk bermuhasabah diri..cewah!!..aku sebenarnya bZ dengan aktiviti tang dijalankan di campus....
.......... ini adalah kenangan ku semasa di sungai shiling...........

pic bersama abang zul yang sengal..=p



gambar nie berlatar balakang kan empangan air yg terletak tidak jauh dari sungai shiling...pemandangan yg sungguh mendamaikan denagan kicauan burung yg berterbangan..sungguh mengasyikkan

kenangan manis kau dan aku tak kan berulang..,duri ranjau dalam persahabatan,lumrah dunia...time aku bersama D dan EJAH


sempat bergambar sebelum bertolak balik ke Shah Alam..


 

blogger templates | Make Money Online