' my minds...my thoughts...my feeling: April 2008

18 April 2008

......sahabat VS teman...............

" Ambilah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan,Kerana Dia Juga,Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT,Ada Rasa Bimbang,Sedih Dan Kecewa,Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan.KiTa SeLalu MelihaT,Dia KeTawa,TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka".
...............RENUNGILAH...................

apakah ciri-ciri sahabat yang baik?...

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

dipersimpangan dilema...

dipersimpangan dilema...
cewah.. macam lagu slalu didendangkan oleh penyanyi popular nora suatu ketika dahulu...
aku kini sedang gusar memikirkan sesuatu yang boleh dikatakan agak rumit untuk membuat keputusan...aku tidak mahu keputusan yang akn aku buat ini akan memudaratkan jiwa dan perasaanku...aku mahukan yg terbaik dlm hidupku...aku juga inginkan sesuatu yng indah,yang bisa membuatkan aku lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu terutamanya dalm stady...kuharap dengan keputusan yg akan aku buat itu boleh memberi impak yng mendalam dalam kehidupanku....

kepala pusing!!

Arghhh!!!...dah lama aku tidak mencoret sesuatu dalmblog aku ini..bukan ku tak sudi..tapi ape kan daye..masa adalah segala-galanyer... bagi ku,kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan-urusan kolej yang senantiasa membuatkan kepalaku pusing..bila nak settle pun aku tak tahu..
namun kini aku akn spend kan sedikit masa ku untuk mencurah isi hati dan masalah yang ku hadapi ke dalam blogku ini..bak kate sir riduan, blog aku,suke ati akular nak tulis ape2 pun..hehehe..

sihat antara realiti dan......


Memiliki tubuh badan yang sihat semestinya menjadi impian setiap individu. Sebab itulah, apa sahaja berita atau info terkini tentang sihat, mudah sahaja mendapat perhatian umum.
Bagaimanapun, apa yang perlu kamu lakukan ialah jangan terlalu mudah percaya dengan setiap info tersebut kerana ada kemungkinan ianya kurang tepat! Jadi luangkan masa untuk selidiki sejauh mana kebenarannya? Di bawah, kami senaraikan beberapa info tentang sihat khas untukmu....
Mitos: Berita buruk bagi penggemar sate atau BBQ! Kononnya, makan bahagian daging yang hangus akan menyebabkan kanser.
Fakta: Memang benar bahagian makanan yang hangus mempunyaiheterocyclic aromatic amines (HAA) yang bersifat carcinogenic(penyebab kanser). Namun sehingga sekarang masih belum adabukti yang boleh mengaitkan sate dan BBQ dengan kanser. Walaubagaimanapun ia bukan bererti kamu boleh makan dalam jumlah yangbanyak! Sebaiknya kurangkan pengambilannya dan kesihatan akanterus terjaga.
Mitos: Radiasi dari telefon mudah alih boleh menyebabkan kanserotak.
Fakta: Ramai yang memperkatakan bahawa radiasi electromagneticboleh meningkatkan risiko timbulnya penyakit kanser. Namun, menurutDr. Dallas English dari Cancer Epidemiology Centre, Australia, tiadaapa yang perlu dirisaukan tentang penggunaan telefon mudah alih ini.Begitu juga dengan penyelidikan yang buat oleh Australian RadiationProtection and Nuclear Safety Agency, pengguna telefon mudah alihtidak akan terdedah dengan radiasi yang berbahaya.
Mitos: Sering mewarna rambut akan menyebabkan kanser.
Fakta: Ramai yang mengatakan sering mewarnakan rambut akanmenyebabkan kanser payu dara terjadi. Namun penyelidikan yang dibuatoleh Journal of the American Medical Association telah membuktikanbahawa mitos tersebut memang tidak berasas. Tidak ada bukti jelasyang menunjukkan pewarna rambut boleh menyebabkan kanser.
 

blogger templates | Make Money Online