' my minds...my thoughts...my feeling: May 2009

29 May 2009

pagi yang indah...

setelah semalam berlaku sedikit pertelingkahan...

aku disedarkan angin
ketika hembusannya
menerpaku

aku dibangunkan mentari
saat hangat sinarnya
menyapu wajahku

aku dihentakan oleh hujan
kala tittsannya
berjatuhan
memaksaku untuk bangkit

aku masih dilelahkan waktu
masih dilemahkan yang lalu

biarkan…untuk sesaat aku layu
dan waktu kan berlalu
melepas pedihku

post signature

19 May 2009

ku terima ia kini...

"orang selalu berkata, bahawa peluang hanya datang sekali..dan jika peluang itu datang buat kali yang ke dua, itu di namakan rezeki"

sekarang situasi itulah yg terjadi pada diri aku...
kini,
peluang ke-3 datang...
dan,
aku terima peluang yg hadir itu,
aku terima peluang itu dengan hati yang terbuka,
aku terima bukan kerana di paksa,

ini kerana...
aku mengerti kini,
bahawa peluang yg datang itu, adalah baik untuk diri ku,
aku terima peluang itu kerana aku percaya ia xkan datang untuk kali yang ke-4...


sungguh beruntung sekira nya peluang yang sama akan hadir untuk kali ke -4..
owhhhh...sungguh mustahil aku rasakan...

masih terngiang-ngiang kata-kata "abe" di telingaku
`z, abg bagi ko peluang peluang ke-2, klu ko masih kata belum bersedia dan tolak peluang nie, ko akan rugi '

apa yg mampu aku katakan saat itu ialah..
`insyALLAH saya akan terima, dan bagilah peluang untuk saya berfikir bang...

honestly..setelah 2 minggu kata-kata itu keluar dari mulut "abe", aku mula terima peluang yg dia berikan padaku,

tetapi

betapa sengalnya aku,
aku tidak berani untuk mengungkapkan bahawa aku sedia terima peluang/amanah yang diberikan itu...

sampai...

tiba satu hari, aku menerima panggilan untuk hadiri satu meeting yang aku pun tak tahu hujung pangkal meeting itu...aku hadir sepertimana ygng telah di beritahu...

dan aku hanya mampu tersenyum bila "abe" menyatakan meeting itu ada kaitan dengan apa yang pernah diperkata dulu...

terima kasih, kerana memberiku peluang ke-3 untuk ku.....

  • Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

post signature

13 May 2009

RINDUKAN SAAT-SAAT INI



setiap yang manis kadangkala boleh menghiris,setiap yang indah kadangkala membawa padah dan setiap yang hadir bukannya takdir,mungkin menyuruh manusia berfikir

post signature

10 May 2009



Selamat Hari Ibu,
Dua dekad ibu setia bersamaku,
Namun ibu terus tersenyum,
Bicara yang manis kekal menguntum
Biarpun ku tahu ibu pernah terluka,
Kerna diriku yang semakin alpa,
Bahawa kaulah insan teristimewa,
Melahirkan ke alam dunia,
Ku harap kasihku kan berpanjangan,
Lestari mewangi di Jannah idaman...


Sahabat-sahabatku sekalian,

Kalian pasti merindukan ibu bapa yang kini berada nun jauh di kampung halaman? Senantiasalah menghubungi mereka, sampaikan ucapan sebagai tanda apresiasi buat insan berjasa ini. Tanyakan khabar, kerana setiap ungkapanmu pasti dinantikan mereka. Biarpun tidak memberi pelukan mesra juga kucupan sayang, memadailah panggilan sebagai pengganti diri. Bermesralah, selagi diizinkan oleh-Nya. Jangan persiakan kesempatan ini, jangan berlengah sehingga keduanya dijemput menghadap Ilahi.

Seandainya orang tuamu kini berada di sisi Allah SWT, panjatkan doamu agar mereka ditempatkan bersama para solihin. Amanah sebagai seorang anak akan terus terpikul walaupun ibu dan ayah kini berada di alam barzakh. Titipkan doa buat mereka, kerana mereka senantiasa menunggu kalam anak kesayangan tatkala sujud ke hadrat-Nya, ketika mengalunkan doa mengharapkan kedua-dua insan penyayang ini akan terus diampunkan oleh Yang Maha Pengasih. Doa anak yang soleh tidak akan sekali-kali terputus.

AKU BERSYUKUR KERANA MASIH MEMPUNYAI SEORANG IBU YG SIHAT DAN SENANTIASA MEMBERI DORONGAN PADAKU


post signature

Malam..
Gelap,sunyi,suram dan kusam.
Malam..
Cengkerik bersiulan sesama sendiri.
Si katak pula saling berbalas sahutan.
Beradu siapa yang kuatt menyalak.

Malam..
Sejuk jika tiada haba yang memanaskan badan.
Sejuk jika merenung didalam segenap diri.
Mengimbas kembali nostalgia dikala dahulu.
Adakalanya sedih, adakalanya seronok.
Sehingga diri ini digelar gile.
Ketawa,menangis.

Alangkah bagusnya jikalau,
merentas masa semula.
mengubah apa yg salah.

Malam.

post signature

05 May 2009



berpeluang bercuti ngan family big bro kat Ancasa Resort Allsuites Port Dickson.. ini adalah paksaRELA..hehe ( paksa+ RELA=paksaRELA ).. mulanya aku keberatan nk ikut  coz aku x biasa  g bercuti ngan family dia.. bercuti ngan family sendri lagi syok...

bertolak dr klang kul 12 tgh hari dan sampai PD kul  3ptg


gelagat badut yg menyerikan lagi suasana petang kami kat sana..tgk jer lar kerianganbdk2 tue bl dah dapat belon masing2, main.. lupa yang lain....

1st xtvt yg aku wat bl sampai sana ialah, menikmati  keindahan pantai Teluk Kemang..dah lama aku x ke sana, seingat aku, last aku g sana tahun 1997...perghhh!!! dah lbh 10 thn aku tinggalkan PD...pas pnt berjalan  aku naik banana boat ngan big bro n dak2 yang sengal tue...adoyai, nie bknlah pertama kali aku naik, tapi bl dah duk kat atas tue, rasa lain macam jer...gerun aku dibuat nyer...dahlah jaun perjalanan boat tue merentas ombak..sbar je r,..boat tue 6 kali terbalik!! ades,, yg !st tue aku redha coz mmg aku tau dia akn terbalik,tapi yang ke-2 tue sungguh ku tak sangka...jatuhan yg ke-3 paling menyakitkan coz boat tue terhempap kat atas  kepala aku...serik aku...xnk naik lg dah!! hahahaha...jth ok lg, tapi time nk naik kat boat tue yg penat, aku dah 3 kali jatuh mmg dah x larat...aku bergantung kat big bro jer,, hakhak! aku plg tkt time jeket keselamatan aku tercabut..huhuhu..gabra aku di buatnya..time tue mmg x fikir apa dah..1 jer je yg ada dalam kepala aku...( teringat kan seseorang ) aku selalu jer mcm tue, bl apa2 berlaku kat dri aku,automatik aku ingat dia.=)


famili yg happening,..melihat gelagat diorang, aku teringat family kat kg..terima kasih coz memberi layanan yang baik sepanjang aku berada bersama korang semua....

THANK FOR EVERYTHING



2nd day kat sana, pagi2 diorang semua adakan sukaneka, aku juz jadi pemerhati..malas aku nk joint game yg ada,.. aku ambk kesempatan yg ada g  swimming pool ngan kak long n ida..lagi best dr main game tue..hehehe..

bertolak plg ke klang kul 3 ptg  then sampai kul 6 ptg,.

**********SELAMAT TINGGAL PD, MOGA KE TEMU LAGI**********

04 May 2009

 

glitter-graphics.com

1 may 2009

blom sempat aku selesaikan segala kerja2 aku, aku  simpan baik pnyer.. xder mood aku nk wat semua tue, dah lar duk sorg2 kat umah..seperti mana yg dirancang, aku g tman pertanian bukit cerakah, thanx for big bro coz tunaikan janji nk bawa aku kesana,.



pic yang aku sempat snap sewaktu kat sana, aku sungguh teruja dgn suasana tempat nie, tak pernah aku fikir kat shah alam nie ada tempat yang mcm nie,hehe...tempat yg aku sempat pergi juz rumah 4 musim..sekarang musim bunga...sungguh cantik!!! HONESTLY..next time aku mahu pergi lagi..pliz bawa aku ke sana lagi=)

01 May 2009

Today is  1st May


1st May is a labor day..

Labor day means hari pekerja..

hari pekerja sama je ngn hari cuti..

Hari cuti means..

selamat berehat!!

jgn buat keje!!

hahaha...

tapi sekarang aku sedang settle kan  segala asgmnt yg ada..

xder makna nyer cuti bg aku..hihihi
post signature

 

blogger templates | Make Money Online