24 October 2008
03 October 2008
perlu dimasuk kan kedalam periuk yg bertutup..
tapai yg dah masak
skrg tapai yg telah diperam telah sedia untuk di makan..
hmmmmmmmmmm...kepada kwn2 yg tak pernah merasai mcm ner rasa tapai pulut nie...rasa nya manis,bkn manis mcm air gula tau!... aku pun tak tau nk explain mcm ner rasa tapai nie..seelok nyer korang cuba buat, then rasa sendiri mcm ner
30 September 2008
dAun GEtAh
kpd kwn2 ku yg tgl d bndr..nie d namakan daun getah..aku bukan aper takut r korang xknl daun aper nie..huhu...daun nie mak aku wat bgks tapai.
kte guna pulut yer kwn2, coz dah namer pn tapai pulut msti lar guna pulut,kn? pulut nie di kukus sehingga btol2 msk sebelum di taburkan dgn ragi yg telah diricik halus... then gaul sebati
akhir nya pulut yg telah digaul dgn ragi tadi d bungkus dgn daun getah...maka jadilah tapai, TAPI msh blom boleh di makan tau kwn2..Coz tapai nie perlu di peram selama 2 hari...
p/s:-ikuti cara peraman yg betul di lembaran berikut nya
24 September 2008
- rindu kan suasana kampung..
- rindu kan family
- rindu dengan hilai tawa ank buah ku
- rindu dengan gurauan abg
- rindu dengan leteran dan bebelan ibu ku
- aku rindu dgn pekikan ibu ku setiap kali mengejut kan aku untuk bangun sahur
- rindu dgn juadah buke p0se yg mak masak...
kerana disini aku:-
- hanya dapat menikmati suasana kota metropolitan
- hanya dapat bergurau senda dgn kawan2
- hanya mendengar pekikan teman2 ku kerana aku seringkali mengusik mereka
- hanya mendengar leteran drp lecture yg kdg2 membuatkan kepala ku pusing
- hanya dapat menjamah makanan yg di masak sendiri dan yg dijual dibazar
04 September 2008
“sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa & top up ilmu supaya dapatlah redeem pahala banyak2! selamat berpuasa.”
ikan bakar yang nampak sungguh menyelarakan

r0ti JOHN yng memikat seleraku.. klu aku makan 1 biji nie, mahu kenyang sampai sahur nampaknyer =p

29 August 2008
28 August 2008

LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.
Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.
Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.
Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.
Kenyataannya:
Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.
Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.
Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.
Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.
Kenyataannya:
Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi. Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.
Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.
Kenyataannya:
Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.
Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.
Kenyataannya:
Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.
Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?
Kenyataannya:
Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.
Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense
Kenyataannya:
Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.
Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara
21 August 2008
....perghh!!!.. sungguh memenatkan....namun kepenatan itu tidak dapat menandingi
kegembiraan kami semua...ape lar yg menarik hati abg zul, sampai mcm tue sekale keadaan nya..
penat menguasai diri kami semua
AKHIRNYA!!! aku berjaya laksanakan impian ku selama ini...puncak berembun berjaya ku tawan....nantikan gunung2 seterusnya...
skali pandang,suasana kat belakang macam kat luar negara..tapi itu sebenar nya keindahan di nagara ku sendiri,MALAYSIA.... kawasan team ktorang dirikan khemah sebelum xtvt daki gunung dilaksanakan.

D joint xtvt daki gunung, tapi akan kan daya time ktorng sume nak mendaki, D dengan lemah longlai nyer menolak ajakan aku untuk sama2 manawan gunung,sedangkan itulah tujuan asal ktorang mengikuti team berkenanan..
bergambar sebelum perjalanan ke puncak BEREMBUN diteruskan...
14 August 2008
gambar nie berlatar balakang kan empangan air yg terletak tidak jauh dari sungai shiling...pemandangan yg sungguh mendamaikan denagan kicauan burung yg berterbangan..sungguh mengasyikkan
kenangan manis kau dan aku tak kan berulang..,duri ranjau dalam persahabatan,lumrah dunia...time aku bersama D dan EJAH
sempat bergambar sebelum bertolak balik ke Shah Alam..
16 July 2008
Di hadapan orang yang kita cinta,siapa DIA sebenarnya??
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cintai
sibuk menguasai diri
20 June 2008


dr kiri: peza,edy,napi n aizani

gelaran yg sememang nyer sesuai untuk ktorang di alam persekolahan dl..
kemana sahaja pergi,seringkali bertiga..hah!.. klu korang nak tau bdk kecik kat blkg tue namer nyer haikal,asal ktorang nk capture gmbr jer mesti die mencilok..baik punyer cilok=)