' my minds...my thoughts...my feeling: sihat antara realiti dan......

18 April 2008

sihat antara realiti dan......


Memiliki tubuh badan yang sihat semestinya menjadi impian setiap individu. Sebab itulah, apa sahaja berita atau info terkini tentang sihat, mudah sahaja mendapat perhatian umum.
Bagaimanapun, apa yang perlu kamu lakukan ialah jangan terlalu mudah percaya dengan setiap info tersebut kerana ada kemungkinan ianya kurang tepat! Jadi luangkan masa untuk selidiki sejauh mana kebenarannya? Di bawah, kami senaraikan beberapa info tentang sihat khas untukmu....
Mitos: Berita buruk bagi penggemar sate atau BBQ! Kononnya, makan bahagian daging yang hangus akan menyebabkan kanser.
Fakta: Memang benar bahagian makanan yang hangus mempunyaiheterocyclic aromatic amines (HAA) yang bersifat carcinogenic(penyebab kanser). Namun sehingga sekarang masih belum adabukti yang boleh mengaitkan sate dan BBQ dengan kanser. Walaubagaimanapun ia bukan bererti kamu boleh makan dalam jumlah yangbanyak! Sebaiknya kurangkan pengambilannya dan kesihatan akanterus terjaga.
Mitos: Radiasi dari telefon mudah alih boleh menyebabkan kanserotak.
Fakta: Ramai yang memperkatakan bahawa radiasi electromagneticboleh meningkatkan risiko timbulnya penyakit kanser. Namun, menurutDr. Dallas English dari Cancer Epidemiology Centre, Australia, tiadaapa yang perlu dirisaukan tentang penggunaan telefon mudah alih ini.Begitu juga dengan penyelidikan yang buat oleh Australian RadiationProtection and Nuclear Safety Agency, pengguna telefon mudah alihtidak akan terdedah dengan radiasi yang berbahaya.
Mitos: Sering mewarna rambut akan menyebabkan kanser.
Fakta: Ramai yang mengatakan sering mewarnakan rambut akanmenyebabkan kanser payu dara terjadi. Namun penyelidikan yang dibuatoleh Journal of the American Medical Association telah membuktikanbahawa mitos tersebut memang tidak berasas. Tidak ada bukti jelasyang menunjukkan pewarna rambut boleh menyebabkan kanser.

1 comment:

 

blogger templates | Make Money Online