' my minds...my thoughts...my feeling: MeM0rI dI Ip0h

25 February 2008

MeM0rI dI Ip0h

22 Feb 2008 Friday

9.00 am
Horey!! Hari nie aku xde klas..ape lg tdo lar keje nye..hehe…ketika aku lena di buai mimpi yang indah,tiba-tiba deringan telefon ku berdering minta di angkat..Adoi!! mimpiku terhenti disitu..dgn longlai aku mengangkat telefon..Adeq call kjtkn aku bgn pg, rjn lar plk die hr nie…hehe..best jugakkan kalau ada orang kejutkan selalu…J

12.00 am
Housemate aku semua ade class.boring nye duk umh sorg2..aku pun stady ckit untuk final exam yg akn bermula 27hb nie..aku juz wat nota rgks n latihan bg migtkn kembali apa yg aku tlh bljr utk sem nie..

3.00 pm
Semua housemate dh ade kat umh,riuh rndh di buatnya..br lar happening…atleast aku x keseorangan dlm umh nie!!

6.00 pm
Aku dh bersiap kmskn brg2 nk ikut Maey blk kg die kat Ipoh,Perak..Aku sungguh excited untuk kesana..Dalam perjalanan kesana aku n family nye sempat singgah di rumah sedaranye di Gombak.Setelah makan malam disana perjalanan ke Ipoh diteruskan lagi.Aku menghabiskan masa dengan melihat keindahan malam ciptaan tuhan.Susana mlm itu sungguh mendamaikan lebih-lebih lagi dihiasi dengan sinaran bulan dan kerdipan bintang-bintang dilangit.Dalam menikmati keindahan malam itu,aku dikejutkan dengan sebuah lori kontena yg terbakar dibahagian hadapan.Kalau dilihat keadaan lori itu,.aku terfikir bagaimana pula dengan keadaan pemandu lori itu.Aku berharapdia dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

23 Feb 2008 Saturday

12.00 am
Aku sampai di rmh Maey.Sebuah rumah yang tersergam indah di hiasi dengan landskap yng cantik,apatah lagi dengan hiasan dalamannya.Dia seharusnya bersyukur kerana dibesarkan dalam family yang agak senang.Perjalanan ke Ipoh sungguh memenatkan,aku terasa begitu letih,tanpa ku sedar aku terlena sampai ke pagi,itu pun setelah dikejutkan oleh Diana.

8.00 am
Aku,Diana,Meay and Ejah bersarapan bersama,hidangan pagi ini sungguh simple but it’s very delicious..apa tidak nye,aku di hidangkan dengan ketupat pulut bercicahkan dengan rendang tok dan satu jenis rendang tue aku pun xtau ape namanye!hahaha..aku juz makan,janji perut yang dah berkeroncong dari semalam tue di isi dengan sebaik-baiknya
ALHAMDILILLAH.

Aku and yang lain mulakan plant hari ini dengan balik ke kg atuk Meay di CIKUS.Nama kg tue Parit 10.Itulah first time aku sampai di Cikus and yang paling penting itu jugak lah aku dgr nama tempat macam tue..sekali dengar,macam tikus pun ada!!.hahaha
Suasana kg itu sungguh mendamaikan,apa tidak nya ia di hiasi dengan bendang sawah, alur sungai yang mengalir perlahan dan burung bangau yang beterbangan…Bendang sawah yang ada itu baru sahaja dipaajk.Alangkah beuntungnya jika aku tiba di kampung itu sewaktu padi dituai,aku rindukan suasana dibendang macam itu.

Dulu aku selalu ikut atuk aku ke sawah padi dan aku tidak ketinggalan untuk melihat proses pananaman padi dari peringkat awal hingga dituai dan menjadi beras.Tapi kini,suasana itu hanya tinggal KENANGAN YANG INDAH yang tidak dapat dilupakan.Alangkah best jika waktu dapat diputarkan kembali.Aku rindu dengan suasana itu,bermain-main di bendang,menangkap ikan di sawah,melihat dan mendengar kicauan burung-burung yang beterbangan bebas di langit..Kedatangan aku ke kg itu telah menggamit memori lampau yang sukar untuk aku lupakan.Jika difikirkan, aku baerasa bertuah kerana sempat merasai suana macam itu,jika hendak di bandingkan dengan kanak-kanak zaman sekarang,yang mungkin sawah padi pun diorang tak kenal.

2.30 pm
Aku and yang lain sampai di LUMUT,sebuah tempat pelancongan yang terkenal di Perak.Aku berehat seketika di bawah pohon yang rendang dengan melayan perasaan yang duka lara..CEH!!! hampeh betul….hahaha…aku sebenarnya terkasima dengan keindahan pantai lumut itu,sungguh cantik di pandangan mata diiringi pula dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa..sungguh MENGASYIKKAN…aku tidak ketinggalan untuk merakam keindahan suasana yang indah itu..Setelah penat menikmati keindahan ciptaanNYA,aku teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

4.30 pm
Tiba di GUNUNG LANG..aku terpegun melihat kawasan disekitar gunung itu.Sukar untuk aku ungkap dengan kata-kata..Situasi ini berlaku,may be aku baru pertama kali sampai di kawasan itu.Aku meluangkan masa yang agak lama di situ dengan merakamkan gambar ku berlatarkan Gunung Lang.Disitu juga terdapat sebuah tasik yang jernih airnya sehinggakan dapat melihat ikan-ikan berenang didalamnya..sungguh CANTIK…aku,Diana,Meay and Ejah tidak melepaskan peluang untuk memberi ikan-ikan itu makan.Iye lar,bukannya selalu dapat peluang macam itu.

6.30 pm
Aku dibawa ke SPA RATU milik ibu Meay.Disitu terdapat pelbagai kemudahan untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kecantikan luaran mahu pun dalaman.Terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan yg dijual disitu mengikut kehendak pelanggan pada masa kini.


7.30 pm
Aku bertolak ke rumah mama Meay yang terletak tida jauh dari rumah ibunya. Setelah sampai disana aku dan yang lain dihidangkan dengan pelbagai jenis laut pauk yng dapat menaikkan seleraku.Aku menjamah makanan itu dengan penuh berselera sekali..mana tidak nya perutku dari tadi lagi minta di isi…santapan utamaku ialah ikan keli masak tempoyak..makanan orang Perak,tak boleh lari dari masak tempoyaknya..dalam hdp aku itulah kali pertama aku makan ikan keli,aku mane makan ikan-ikan darat mcm tue sblm nie..Eeeee….dah lah sebelum nie,tempoyak pun aku tak makan..Bkn nak kata makan,rasa pun tak pernah..tapi malam aku tibai je lauk tue,bukan selalu aku dapat rasa masakan macam tue..Ermmm,sedap jugak ye!! Nasib baik aku tak muntah makan lauk tue,mula-mula tue bimbang jugak takut-takut anak tekak aku nie tak boleh terima lauk macam tue...ALHAMDULIILLAH..kenyang aku dengan rezeki yang di berikan..J

Selesai makan aku dihidangkan pula dengan kek coklat..favourite aku tue..walaupun sudah kenyang aku tidak lepas kan peluang untuk merasa keenakan kek itu,sungguh MENYELERAKAN. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak..hehe..aku menikmati keenakan kek itu sambil menonton rancangan cerekarama yang disiarkan di televisyen.Cerita itu mengisahkahkan seorang anak yang tidak mengenang budi kedua-dua ibu bapa nya yang telah bekorban ubtuk membesarkannya.


24 Feb 2008 Sunday

12.00 am
Aku bertolak ke GERBANG MALAM… kalau di Shah Alam ia dikenali sebagai UP TOWN …suasana malam itu tidak semeriah yang disangka…yelar tak ramai sangat orang malam itu,mungkin waktu aku sampai tue dah lewat kot,..aku just beli souvenir untuk dijadikan kenangan setalah kembali ke Shah Alam.

1.30 am
Jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi,mataku masih kental menikmati keindahan malam badaraya Ipoh ini..Aku,Diana,Meay dan Ejah singgah di sebuah restaurant untuk membasahi tekak yang telah kering..di situ aku berkenalan dengan Kak Mas salah seorang pekerja di spa ratu milik ibu Meay.Setelah berborak panjang Meay membuat keputusan untuk pulang ke rumah mama kerana waktu tue jam sudah mununjukkan pukul 2.30 pagi..mata pun dah mengantok masa tue…setelah sampai di rumah,aku terus tidur.

8.00 am
Pagi nie,aku dikejutkan oleh mama Meay..Setelah bersiap untuk blk ke Shah Alam,aku sempat menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh mama Meay.Waktu itu juga dihabiskan dengan bercerita mengenai tempat-tempat yang Aku,Diana,Meay dan Ejah lawati semalam.




9.30 am
Aku,Diana,Meay dan Ejah terus ke sebuah kedai sebagaimana yang telah dijanjikan oleh abah Meay untuk bersarapan..Mak oi!!! Sarapan lagi!! Menu utama kedai tue ialah roti canai,..aku just makan sekeping je waktu tue,mana tidaknya,aku dh kenyang, perut aku nie mana boleh terima benyak-banyak makanan dalam satu masa,perut kecik lar katakan…hak! hak! hak!.

10.30 am
Selesai makan, aku dan family Meay terus ke SPA RATU kerana ibunya ada sedikit urusan disana..setelah selesai utusan disana,kami terus meneruskan perjalanan ke Shah Alam.Sungguh cepat masa berlalu,waktu untuk kembali ke Shah Alam telah pun tiba..Aku meninggalkan bandaraya Ipoh dengan kenangan dan berharap agar aku dapat kembali ke Ipoh untuk melawati tempat-tempat menarik yng masih belum aku lawati…


3.30 pm
Aku dah pn sampai di Kuala Lumpur.. family Meay tidak terus menghantarku ke Shah Alam,tetapi mereka ke rumah saudaranya di gombak.setelah selesai maan disitu,aku dan yang lain berehat seketika untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Perdana.

6.00 pm
Aku dah pun tiba di PUNCAK PERDANA… Arghhh.. Iam very tired..setelah memasuki rumah aku terhidu satu bauan yang kurang menyenangkan..Ape tue!!! Busuk nye!!...
cube teka...ape ek?? hak3...ape yg kita orang tak pernah sangka telah melanda...
dapur kita orang dilanda banjir susu...dah 2 hari ditinggalkan,patut lar berbau busuk semacam je..ape lagi,dalam keadaan yang penat itu jugak lah kita orang bertiga mula membersihkan dapur itu..Ish!!! sungguh MENJIJIKKAN... Kita orang bertiga kerjakan dapur itu dengan harapan dapat menghapuskan bau yg kurang menyenangkan itu..PerGhhhh... penat giler!!!
itulah memori yang aku dapat ceretkan dalam blog ini...

kita jumpa dilain lembaran....SMILE ALWAYZ....

1 comment:

jiek_ejah said...

perghh...
diari ler plk...
hehe

 

blogger templates | Make Money Online