' my minds...my thoughts...my feeling

10 May 2009



Selamat Hari Ibu,
Dua dekad ibu setia bersamaku,
Namun ibu terus tersenyum,
Bicara yang manis kekal menguntum
Biarpun ku tahu ibu pernah terluka,
Kerna diriku yang semakin alpa,
Bahawa kaulah insan teristimewa,
Melahirkan ke alam dunia,
Ku harap kasihku kan berpanjangan,
Lestari mewangi di Jannah idaman...


Sahabat-sahabatku sekalian,

Kalian pasti merindukan ibu bapa yang kini berada nun jauh di kampung halaman? Senantiasalah menghubungi mereka, sampaikan ucapan sebagai tanda apresiasi buat insan berjasa ini. Tanyakan khabar, kerana setiap ungkapanmu pasti dinantikan mereka. Biarpun tidak memberi pelukan mesra juga kucupan sayang, memadailah panggilan sebagai pengganti diri. Bermesralah, selagi diizinkan oleh-Nya. Jangan persiakan kesempatan ini, jangan berlengah sehingga keduanya dijemput menghadap Ilahi.

Seandainya orang tuamu kini berada di sisi Allah SWT, panjatkan doamu agar mereka ditempatkan bersama para solihin. Amanah sebagai seorang anak akan terus terpikul walaupun ibu dan ayah kini berada di alam barzakh. Titipkan doa buat mereka, kerana mereka senantiasa menunggu kalam anak kesayangan tatkala sujud ke hadrat-Nya, ketika mengalunkan doa mengharapkan kedua-dua insan penyayang ini akan terus diampunkan oleh Yang Maha Pengasih. Doa anak yang soleh tidak akan sekali-kali terputus.

AKU BERSYUKUR KERANA MASIH MEMPUNYAI SEORANG IBU YG SIHAT DAN SENANTIASA MEMBERI DORONGAN PADAKU


post signature

2 comments:

Cik Akma said...

hepi motehr's dayy ;)

Mohd Fareez said...

Pelbagai andaian dibuat untuk ibu tercinta...

Tp x ramai yang mendalami kata2 itu..

Andai ramai yang mendalaminya, nescaya linangan airmata akan gugur walaupun dari seorang yang ingkar...

 

blogger templates | Make Money Online